KELAS KEUSAHAWANAN

Nama : Nuraisyah Binti Mat Saad
Umur : 19 tahun
Ahli : 2015


Latar Belakang

Nuraisyah ialah seorang stokis produk kecantikan. Beliau juga menjual produk kecantikan.

 

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Sebelum mengetahui tentang penggunaan ICT beliau hanya menggunakan telefon pintar untuk berkomunikasi bukan bertujuan perniagaan.

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Sungai Batu beliau telah berjaya menggunakan perisian komputer dalam mendokumentasikan hasil perniagaan beliau. Selain itu beliau berjaya membuat pemasaran di facebook dan instagram. Beliau dapat menarik pelanggan di media sosial dengan menggunakan pelbagai strategi pemasaran online. Beliau sebelum ini tidak begitu aktif menggunakan facebook. Kini beliau semakin aktif memasarkan produk di facebook dan media sosial lain. Beliau juga kini sentiasa berhubung dengan Pusat Internet untuk membantu dalam melancarkan urusan perniagaan di internet seperti online banking, facebook ads dan whatsapp for business.

           

 

USAHAWAN MUDA, MADU KELULUT & PRODUK KECANTIKAN MIRACLE

Nama : Siti Norkhairul Anisya Binti Nayan
Umur : 19 tahun
Ahli : 2015


Latar Belakang

Siti Norkhairul Anisya ialah seorang pelajar yang mengambil jurusan hiasan dalaman di Giat MARA Kulim Bandar Baharu. Beliau juga seorang usahawan muda. Beliau menjual produk madu kelulut yang dihasilkan bersama keluarga. Selain itu, beliau juga turut menjual produk kecantikan Miracle.

 

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Sebelum mengetahui tentang penggunaan ICT beliau hanya membuat pengiklanan melalui flyers yang diedar sekitar kampung. Beliau juga tidak mahir menggunakan perisian komputer seperti Microsoft Office dan internet.

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Sungai batu beliau telah berjaya menggunakan perisian komputer dalam mendokumentasikan hasil perniagaan beliau. Selain itu beliau berjaya membuat pemasaran di facebook dan instagram. Beliau menghasilkan video produk dan dapat memasarkan produk di pelbagai media sosial. Beliau juga dapat menambah pendapatan melalui eRezeki.

           

 

USAHAWAN AKSESORI SUASA & BARANGAN KOSMETIK

Nama : Ummi Kalsom Binti Ahmad
Umur : 31 tahun
Ahli : 2018


Latar Belakang

Puan Ummi Kalsom ialah seorang surirumah. Beliau selalu menggunakan Facebook untuk bekomunikasi. Beliau juga penjual barangan tetapi tidak menggunakan media sosial untuk menjual barangan beliau.

 

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Sebelum menggunakan ICT, beliau hanya menggunakan media sosial untuk berhubung bersama rakan-rakan. Beliau juga tidak mahir dalam menjana pendapatan melalui online.

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Selepas menggunakan ICT, beliau kini mahir dalam menggunakan internet untuk menjana pendapatan. Beliau telah mendaftar dengan Erezeki. Beliau juga mahir dalam menggunakan media sosial seperti facebook dan whatsapp untuk menjual barangan.

           

 

KELAS ASAS KOMPUTER (MICROSOFT OFFICE) & KELAS SUNTINGAN IMEJ

Nama : Amsyar Hakimi Bin Asharuddin
Umur : 12 tahun
Ahli : 2015


Latar Belakang

Amsyar ialah seorang pelajar SK Sungai Taka. Beliau seorang pelajar tahun 6.

 

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Sebelum pembukaan Pusat Internet, Amsyar tidak terdedah kepada dunia internet. Beliau juga tidak tahu menggunakan perisian membuat surat iaitu Microsoft Office dan perisian-perisian yang lain. Beliau juga tidak terdedah kepada komunikasi melalui jaringan media sosial.

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Melalui pelbagai kelas ICT di Pusat Internet Sungai Batu, beliau kini telah mahir menggunakan perisian Microsoft Office. Beliau sentiasa mengikuti kelas ICT yang dianjurkan oleh Pusat Internet. Beliau juga sangat rajin datang ke PI untuk mengulangkaji pelajaran menggunakan platform e-learning yang sedia ada. Beliau juga menggunakan laman sesawang Google untuk mendapatkan maklumat dalam membantu dalam pelajaran beliau.

           

 

KELAS E-REZEKI & E-USAHAWAN

Nama : Rokhimah Binti Khalid
Umur : 33 tahun
Ahli : 2015


Latar Belakang

Puan Rokhimah ialah seorang surirumah. Beliau selalu menggunakan Facebook untuk bekomunikasi. Beliau juga penjual barangan tetapi tidak menggunakan media sosial untuk menjual barangan beliau.

 

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Sebelum menggunakan ICT, beliau hanya menggunakan media sosial untuk berhubung bersama rakan-rakan. Beliau juga tidak mahir dalam menjana pendapatan melalui online.

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Selepas menggunakan ICT, beliau kini mahir dalam menggunakan internet untuk menjana pendapatan. Beliau telah mendaftar dengan Erezeki. Beliau juga mahir dalam menggunakan media sosial seperti facebook dan whatsapp untuk menjual barangan.