KELAS KEUSAHAWANAN

Nama : Nuraisyah Binti Mat Saad
Umur : 19 tahun
Ahli : 2015


Latar Belakang

Nuraisyah ialah seorang stokis produk kecantikan. Beliau juga menjual produk kecantikan.

 

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Sebelum mengetahui tentang penggunaan ICT beliau hanya menggunakan telefon pintar untuk berkomunikasi bukan bertujuan perniagaan.

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Sungai Batu beliau telah berjaya menggunakan perisian komputer dalam mendokumentasikan hasil perniagaan beliau. Selain itu beliau berjaya membuat pemasaran di facebook dan instagram. Beliau dapat menarik pelanggan di media sosial dengan menggunakan pelbagai strategi pemasaran online. Beliau sebelum ini tidak begitu aktif menggunakan facebook. Kini beliau semakin aktif memasarkan produk di facebook dan media sosial lain. Beliau juga kini sentiasa berhubung dengan Pusat Internet untuk membantu dalam melancarkan urusan perniagaan di internet seperti online banking, facebook ads dan whatsapp for business.