PRODUK KESIHATAN OLIVE HOUSE

Nama : Siti Zalekha Binti Che Oh
Umur : 52 tahun
Ahli : 2017


Latar Belakang

Puan Siti Zalekha ialah seorang guru KAFA. Disamping itu, beliau juga penjual barangan Olive House.

 

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Sebelum mengetahui tentang penggunaan ICT beliau hanya menggunakan telefon pintar untuk berkomunikasi bukan bertujuan untuk perniagaan.

 

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Sungai Batu, beliau telah berjaya membuat pemasaran di facebook. Beliau juga dapat menarik pelanggan di media sosial dengan menggunakan pelbagai strategi pemasaran online. Beliau sebelum ini tidak begitu aktif menggunakan facebook. Kini beliau semakin aktif memasarkan produk di facbeook page produk beliau. Beliau juga kini sentiasa berhubung dengan Pusat Internet untuk membantu dalam melancarkan urusan perniagaan di internet seperti online banking, facebook ads dan whatsapp for business. 

           

 

KELAS ASAS KOMPUTER (MICROSOFT OFFICE)

Nama : Nurul Aisyah Binti Razali
Umur : 14 tahun
Ahli : 2015


Latar Belakang

Nurul Aisyah Binti Razali ialah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Selama Kedah.

 

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Sebelum pembukaan Pusat Internet, Aisyah tidak terdedah kepada dunia internet. Beliau juga tidak tahu menggunakan perisian membuat surat iaitu Microsoft Office dan perisian-perisian yang lain. Beliau juga tidak terdedah kepada komunikasi melalui jaringan media sosial.

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Melalui pelbagai kelas ICT di Pusat Internet Sungai Batu, beliau kini telah mahir menggunakan perisian Microsoft Office. Beliau sentiasa mengikuti kelas ICT yang dianjurkan oleh Pusat Internet. Beliau juga sangat rajin datang ke PI untuk mengulangkaji pelajaran menggunakan platform e-learning yang sedia ada. Beliau juga menggunakan laman sesawang Google untuk mendapatkan maklumat dalam membantu dalam pelajaran beliau.

            

 

PRODUK KECANTIKAN & KESIHATAN HAI-O MARKETING

Nama : Mariana Binti Mad Arop
Umur : 40 tahun
Ahli : 2015

 

Latar Belakang

Puan Mariana Binti Mad Arop ialah seorang guru KAFA, disamping itu beliau juga seorang usahawan separuh masa dimana beliau menjual produk-produk kecantikan dan kesihatan beliau melalui secara atas talian (online) dan juga pembelian terus melaluinya (walk-in).

 

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Sebelum penglibatan di dalam PI, Puan Mariana kurang mahir tentang selok-belok perniagaan. Beliau juga tidak mengetahui teknik dan cara yang bersesuaian dalam mempromosikan produk-produk beliau. Begitu juga penggunaan ICT, dimana beliau hanya menggunakan facebook untuk berkomunikasi bersama rakan-rakan dan juga tidak tahu cara untuk membuat promosi melalui facebook dan penggunaan bank secara atas talian (online bank-in). Beliau melakukan segala transaksi perkhidmatan bank hanya dengan secara manual.

 

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Sungai Batu, kini Puan Mariana mempunyai kemahiran asas perniagaan serta tahu cara dan teknik yang bersesuaian untuk memasarkan produk-produk beliau. Puan Mariana berjaya membuat pemasaran di facebook dengan menarik pelanggan di media sosial menggunakan pelbagai strategi pemasaran online. Beliau telah mengikuti pelbagai latihan dan bengkel yang dijalankan di PI antaranya mempelajari cara pemasaran melalui online, membuka akaun facebook dan update post di facebook serta mengikuti kelas online banking. Dengan perniagaan secara sampingan, kini ia boleh menampung perbelanjaan harian dan boleh berbelanja untuk keperluan sendiri tanpa meminta bantuan daripada suami.