USAHAWAN MENJUAL BARANGAN LELAKI & WANITA

Nama : Noor Haizan Binti Mat Razali
Umur : 34 tahun
Ahli : 2017


Latar Belakang

Puan Noor Haizan ialah seorang petugas Perpustakaan Awam Serdang.

 

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT beliau hanya menggunakan internet untuk berkomunikasi melalui aplikasi Whatsapp sahaja. Beliau tidak aktif di Facebook. Beliau juga tidak mengetahui fungsi lain dalam media sosial.

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Sungai Batu, beliau telah berjaya menghasilkan pelbagai flyers yang menarik sebagai salah satu cara pemasaran yang berkesan untuk perniagaan beliau. Beliau juga mengikuti pelbagai kelas pemasaran media sosial dengan Pusat Internet.