Ukhwah Fillah adalah sebuah usahawan tempatan yang menghasilkan produk membuat bakeri. Ditubuhkan pada 15 Ogos 2013 yang bertempat di Kampung Rantau Panjang, Serdang dan terdiri daripada 11 orang ahli yang menjalankan perniagaan ini.
Dahulunya mereka menempatkan sementara proses produk perniagaan mereka di dewan surau Rantau Panjang sebelum mendapat peruntukan modal suntikan daripada Kolej Komuniti, Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) serta sumbangan peribadi daripada ahli bengkel untuk membangunkan sebuah bengkel khas bagi menjalankan proses produk makanan dari Ukhwah Fillah.
Ukhwah Fillah menghasilkan produk makanan yang terdiri daripada berbagai aneka dan citarasa antaranya:
9 jenis aneka roti, bahulu dan kuih moden tradisional serta aneka kerepek.
Objektif:
• Membantu menambahkan pendapatan
• Beraktiviti di kampung
• Mewujudkan silaturrahim sesama ahli dan penduduk kampung
• Kaum ibu tidak membuang masa di rumah sahaja
• Menjadi usahawan yang berjaya
Sasaran jualan:
• Kedai runcit di sekitar Mukim Sungai Batu
• Sekolah-sekolah yang terdapat di dalam Mukim Sungai Batu dan juga di dalam daerah
Bandar Baharu
Untuk sebarang pertanyaan / tempahan sila berhubung dengan:-
BENGKEL UKHWAH FILLAH
Alamat : Kampung Rantau Panjang,
09800 Serdang,
Kedah Darul Aman
Tel : 019-4275632 | 017-4190160 | 017-4296503