Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) mengucapkan SELAMAT DATANG dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman portal komuniti kami. Pusat Ekonomi Digital merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dengan kerjasama TM Bhd.dan MSD Digital Intellingence Sdn.Bhd.

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg. Sungai Batu adalah salah pusat sehenti yang ditubuhkan bagi merapatkan jurang digital dalam kalangan masyarakat setempat. NADI juga dilaksanakan bagi menyediakan capaian internet dan informasi  kepada masyarakat setempat. Selain daripada itu, NADI juga menyediakan pelbagai perkhidmatan bagi kemudahan setiap lapisan masyarakat. Di samping itu, pelbagai program latihan ICT dan pembangunan modal insan serta aktiviti berkaitan ICT dilaksanakan. 

Kini, anda boleh menjalankan urusan seharian dengan lebih mudah dan menjimatkan masa, wang ringgit serta tenaga dengan menggunakan kemudahan NADI.

Antaranya ialah:

  • Pusat Sehenti yang menyediakan pelbagai perkhidmatan bagi kemudahan komuniti setempat.
  • Pusat sumber komuniti untuk mendapatkan sumber maklumat.
  • Mengiklankan produk jualan/perkhidmatan secara online.
  • Menggunakan sistem penyampaian kerajaan seperti membuat aduan

 

Objektif NADI

  • Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi maklumat komputer dan internet.
  • Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NADI.
  • Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
  • Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.
  •  

Perkhidmatan yang disediakan di NADI Kg. Sungai Batu :

  • Komputer & Internet (Wifi Zone)
  • Pengimbasan (Scanning)
  • Laminate 
  • Percetakan (Printting) Hitam Putih & Colour
  • Fotokopi (Photostate) 
  • Penjilidan (Binding)
  • Sewa Bilik Latihan

 

Waktu Operasi

PI DIBUKA SETIAP HARI KECUALI CUTI UMUM

 9:00 Pagi      - 1:00 Petang  Beroperasi 
 1:00 Petang - 2:00 Petang   Rehat 
 2:00 Petang - 6:00 Petang  Beroperasi 

 

Di dalam daerah Bandar Baharu, terdapat 5 cawangan NADI yang berdekatan diantaranya iaitu:

 

NADI BANDAR BAHARU

NADI LUBUK BUNTAR

NADI SERDANG

NADI KAMPUNG KUALA SELAMA

NADI SUNGAI BATU