PROGRAM DA'I DIGITAL (G-MAIL, FACEBOOK, YOUTUBE, BLOG & INSTAGRAM)

Nama : Che Ton Binti Yahya
Umur : 44 tahun
Ahli : 2017


Latar Belakang

Puan Che Ton ialah seorang guru KAFA.

 

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT beliau hanya menggunakan internet untuk berkomunikasi melalui aplikasi Whatsapp sahaja. Beliau tidak aktif di Facebook. Beliau juga tidak mengetahui fungsi lain dalam media sosial.

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Sungai Batu, beliau telah berjaya membuat facebook page untuk menyebarkan dakwah. Selain itu, beliau juga dapat berkongsi maklumat atau hebahan melalui media sosial. Beliau juga sudah mahir dalam membina blog disamping dapat menyebarkan ilmu pengetahuan bukan sahaja di dalam kelas tetapi juga melalui media sosial. Kini beliau sangat aktif di Facebook peribadi dan Facebook Page.