USAHAWAN MUDA, MADU KELULUT & PRODUK KECANTIKAN MIRACLE

Nama : Siti Norkhairul Anisya Binti Nayan
Umur : 19 tahun
Ahli : 2015


Latar Belakang

Siti Norkhairul Anisya ialah seorang pelajar yang mengambil jurusan hiasan dalaman di Giat MARA Kulim Bandar Baharu. Beliau juga seorang usahawan muda. Beliau menjual produk madu kelulut yang dihasilkan bersama keluarga. Selain itu, beliau juga turut menjual produk kecantikan Miracle.

 

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Sebelum mengetahui tentang penggunaan ICT beliau hanya membuat pengiklanan melalui flyers yang diedar sekitar kampung. Beliau juga tidak mahir menggunakan perisian komputer seperti Microsoft Office dan internet.

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Sungai batu beliau telah berjaya menggunakan perisian komputer dalam mendokumentasikan hasil perniagaan beliau. Selain itu beliau berjaya membuat pemasaran di facebook dan instagram. Beliau menghasilkan video produk dan dapat memasarkan produk di pelbagai media sosial. Beliau juga dapat menambah pendapatan melalui eRezeki.