KELAS ASAS KOMPUTER (MICROSOFT OFFICE) & KREATIF BERSAMA CANVA

Nama : Nurul Jasmina
Umur : 12 tahun
Ahli : 2015


Latar Belakang

Nurul Jasmina ialah seorang pelajar SK Sungai Taka. Beliau seorang pelajar tahun 6.

 

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Sebelum pembukaan Pusat Internet, Jasmina tidak terdedah kepada dunia internet. Beliau juga tidak tahu menggunakan perisian membuat surat iaitu Microsoft Office dan perisian-perisian yang lain. Beliau juga tidak terdedah kepada komunikasi melalui jaringan media sosial dan juga tidak pernah menggunakan aplikasi e-pelajaran.

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Melalui pelbagai kelas ICT di Pusat Internet Sungai Batu, beliau kini telah mahir menggunakan perisian Microsoft Office. Beliau sentiasa mengikuti kelas ICT yang dianjurkan oleh Pusat Internet. Beliau juga sangat rajin datang ke PI untuk mengulangkaji pelajaran menggunakan platform e-learning yang sedia ada. Beliau mengikuti kelas English Central dan berjaya skor dalam matapelajaran Bahasa Inggeris. Beliau juga menggunakan laman sesawang Google untuk mendapatkan maklumat dalam pelajaran beliau serta beliau juga menghasilkan kad ucapan yang kreatif menggunakan aplikasi Canva.