"Kemilau warnanya emas tempawan Disepuh suasa tampak sinarnya Terima kasih pucuk pimpinan Kepercayaan diberi untuk dilaksana"
Kaum wanita di kalangan masyarakat penduduk Mukim Sungai Batu rata-rata mengisi ruang waktu dengan aktiviti-aktiviti berkomuniti antaranya:
1.) Amanah Ikhtiar Malaysia
• Diadakan pada setiap hari Jumaat pada jam 9.00am - 11.00am yang bertempat di dewan
serbaguna bersebelahan Masjid At-Tuqa, Sungai Taka Mukim Sungai Batu.
Ikrar Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia:
• Adalah menjadi tanggungjawab kami pada Allah untuk berikhtiar mencari rezeki.
• Membantu ahli kumpulan dan pusat apabila mereka dalam kesesakkan.
• Menggunakan keuntungan pembiayaan untuk mengeluarkan keluarga
daripada kemiskinan.
• Menggalakkan anak-anak terus bersekolah dan membayar balik pembiayaan setiap
minggu.
• Allah menjadi saksi apa yang kami lafaz dan lakukan.
AJK Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)
Ketua Pusat Tasmin (Sg. Taka) |
Bendahari |
Setiausaha |
Puan Maziah |
Puan Siti Aisyah Abdullah |
Puan Bashah Abdullah |
2.) Pertubuhan Pergerakan Wanita Umno (Sungai Taka)
• PPWU berpusat di dewan bergerak di Kg. Rantau Panjang, ianya diadakan dengan aktiviti
bantuan kemasyarakatan dan majlis tertentu. Antara penglibatan mereka dalam
aktiviti-aktiviti perjumpaan majlis komuniti seperti kenduri kendara, bacaan tahlil dan
bacaan yassin yang kadangkala dibuat di Surau Kg. Jermai, Sungai Taka.
• Perjumpaan pada hari sabtu jam 3.00pm - 4.30pm.
AJK Pertubuhan Pergerakan Wanita Umno (PPWU)
Pengerusi |
Bendahari |
Setiausaha |
Puan Siti Rafeah Man |
Puan Jumaiah Mat Isa |
Puan Faridah Ariffin |