Tarikh | : 29 Oktober 2023 (Ahad) |
Masa | : 2.00pm-5.00pm |
Peserta | : 12 orang |
Lokasi | : PKD Dingin |
Tujuan :
Kelas Kemahiran Keusahawanan diadakan untuk peserta dari kalangan usahawan setempat, bertujuan untuk membantu peserta mengetahui teknik pemasaran dan penjualan produk secara atas talian.
Aktiviti
Peserta diberikan penerangan tentang kegunaan dan kaedah penjualan dalam TikTok Seller (seller-my.tiktok.com). Seterusnya, peserta mendaftar TikTok Seller dan mula memasukkan produk masing-masing dengan bantuan pengajar
Tarikh | : 28 Oktober 2023 (Sabtu) |
Masa | : 3:00pm-5:00pm |
Peserta | : 2 orang |
Lokasi | : PEDi Kg Sg Batu |
Tujuan
Program ini dianjurkan untuk memberi pendedahan kepada belia tentang penggunaan aplikasi Quiziz.
Aktiviti
Petugas memberikan penerangan tentang kegunaan dan fungsi aplikasi online Quiziz (https://quizizz.com/join), peserta diberikan tugasan mudah untuk menjawab soalan di dalam aplikasi Quizziz dengan bantuan petugas.
Tarikh | : 23 Oktober 2023 (Isnin) |
Masa | : 9:00am-12:00pm |
Peserta | : 20 orang |
Lokasi | : PKD Dingin |
Tujuan :
Kelas Asas ICT dan Canva diadakan untuk peserta dari kalangan komuniti Pusat Komuniti Desa (PKD) Dingin, bertujuan untuk membantu peserta belajar menggunakan Canva aplikasi suntingan gambar.
Aktiviti
Petugas memberikan pengenalan komputer seperti ciri-ciri dan aplikasi yang terdapat dalam komputer.
Tarikh | : 26 Oktober 2023 (Khamis) |
Masa | : 9:30am-12:30pm |
Peserta | : 17 orang |
Lokasi | : PKD Dingin |
Tujuan :
Bengkel Smartphone Photography diadakan untuk peserta dari kalangan pelajar GIATMARA Kulim Bandsar/Baharu Sesi 2023, bertujuan untuk membantu peserta belajar menggunakan smartphone dan aplikasi editing di dalam smartphone.
Aktiviti
Peserta diberikan pengenalan tentang smartphone photography dan aplikasi suntingan picsart & snapseed. Seterusnya peserta cuba menghasilkan karya fotografidengan bantuan pengajar.
Tarikh | : 21 Oktober 2023 (Sabtu) |
Masa | : 8:00am-3:00pm |
Peserta | : 200 orang |
Lokasi | : Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Malik |
Tujuan :
menyediakan peluang menarik untuk anak-anak muda menerokai teknologi dan dapat membangunkan kemahiran insaniah iaitu seperti kesedaran budaya, perkembangan toleransi, perkongsian idea dan semangat kerja berpasukan.
Aktiviti
Aktiviti Pangkalan Sebanyak 21 stesen aktiviti diadakan. Peserta dikehendaki menghabiskan sebanyak mungkin aktiviti stesen dan mengambil cap.