Tarikh | : 29 September 2023 (Jumaat) |
Masa | : 9.00 AM hingga 12.30 PM |
Peserta | : 10 orang |
Lokasi | : PKD Sungai Tengas |
Tujuan :
Kelas Usahawan diadakan untuk peserta dari kalangan usahawan setempat, bertujuan untuk membantu peserta mengetahui teknik pemasaran dan penjualan produk secara atas talian.
Aktiviti
Peserta diberikan penerangan tentang kegunaan dan kaedah penjualan dalam TikTok Seller (seller-my.tiktok.com). Seterusnya, peserta mendaftar TikTok Seller dan mula memasukkan produk masing-masing dengan bantuan pengajar.
Tarikh | : 26 September 2023 (Selasa) |
Masa | : 2.30pm - 3.30pm |
Peserta | : 5 orang |
Lokasi | : PEDi Kg Sungai Batu |
Tujuan :
Kelas Usahawan Muda Digital diadakan untuk peserta dari kalangan pelajar GIATMARA KBB Sesi 2023, bertujuan untuk membantu peserta belajar menggunakan internet dan aplikasi komputer yang digunakan dalam bidang keusahawanan.
Aktiviti
Petugas menunjukkan salah satu fungsi Facebook iaitu Marketplace. Kebanyakkan peserta sudah mempunyai akaun Facebook sendiri, petugas hanya menerangkan kelebihan dan cara penggunaan Marketplace seperti memasukkan keterangan, gambar dan lokasi produk yang ingin dijual.
Tarikh | : 19 September 2023 (Selasa) |
Masa | : 3.00pm hingga 5.00pm |
Peserta | : 4 orang |
Lokasi | : PEDi Kg Sg Batu |
Tujuan :
Kelas Usahawan Muda Digital diadakan untuk peserta dari kalangan pelajar GIATMARA Kulim/Bandar Baharu Sesi 2 2023, bertujuan untuk membantu peserta belajar menggunakan internet dan aplikasi komputer yang digunakan dalam bidang keusahawanan.
Aktiviti
Petugas memberikan penerangan tentang kegunaan dan fungsi aplikasi online Canva (www.canva.com), peserta diberikan tugasan mudah untuk menyunting satu poster menggunakan Canva dengan bantuan petugas.
Tarikh | : 22 September 2023 (Jumaat) |
Masa | : 9.00am hingga 12.30pm |
Peserta | : 25 orang |
Lokasi | : PEDi Kg Kuala Selama |
Tujuan :
Bengkel Smartphone Photography diadakan untuk peserta dari kalangan pelajar GIATMARA Larut Sesi 2023, bertujuan untuk membantu peserta belajar menggunakan smartphone dan aplikasi editing di dalam smartphone.
Aktiviti
Peserta diberikan pengenalan tentang smartphone photography dan aplikasi suntingan picsart & snapseed. Seterusnya peserta cuba menghasilkan karya fotografi dengan bantuan pengajar.
Tarikh | : 18 September 2023 (Isnin) |
Masa | : 3.00pm - 5.00pm |
Peserta | : 7 orang |
Lokasi | : PEDi Kg Sungai Batu |
Tujuan :
Program E-Sports@PEDi diadakan untuk peserta dari kalangan belia, bertujuan untuk membantu mereka dalam meningkatkan daya pemikiran secara kritis dan kreatif. Esports dapat membantu pemain mengembangkan pelbagai kemahiran seperti koordinasi tangan dan mata yang lebih baik, kebolehan kognitif yang unggul dan membuat keputusan yang cepat.
Aktiviti
Peserta diberikan pengenalan tentang permainan FIFA 2022. Seterusnya peserta cuba mengatur strategi dan bertanding antara mereka dengan bantuan pengajar.