Tarikh | : 24 November 2023 (Jumaat) |
Masa | : 3.00pm-5.00pm |
Peserta | : 9 orang |
Lokasi | : PEDi Kg Sg Batu |
Tujuan
Aktiviti AI Emoji Scavenger Hunt diadakan untuk memberi pendedahan kepada Artificial Intelligence (AI) dalam bentuk permainan online.
Aktiviti
Peserta diberikan peluang untuk belajar sambil bermain permainan di atas talian tentang AI dan kegunaannya di laman web Emoji Scavenger Hunt (https://emojiscavengerhunt.withgoogle.com/). Peserta dikehendaki untuk mencari dan mengimbas objek yang ditunjukkan dalam bentuk emoji oleh laman web tersebut.
Tarikh | : 22 November 2023 (Rabu) |
Masa | : 3.00pm-5.00pm |
Peserta | : 2 orang |
Lokasi | : PEDi Kg Sg Batu |
Tujuan :
Program E-Sports@PEDi diadakan untuk peserta dari kalangan belia, bertujuan untukmembantu mereka dalam meningkatkan daya pemikiran secara kritis dan kreatif. Esports dapat membantu pemain mengembangkan pelbagai kemahiran seperti koordinasi tangan dan mata yang lebih baik, kebolehan kognitif yang unggul dan membuat keputusan yang cepat.
Aktiviti
Peserta diberikan pengenalan tentang permainan FIFA 2022. Seterusnya peserta cuba mengatur strategi dan bertanding antara merekadengan bantuan petugas.
Tarikh | : 19 November 2023 (Ahad) |
Masa | : 3.00pm-5.00pm |
Peserta | : 4 orang |
Lokasi | : PEDi Kg Sg Batu |
Tujuan :
Aktiviti Online Puzzle bertujuan untuk membantu peserta mahir menggunakan komputer dan internet.
Aktiviti :
Petugas memberikan puzzle diatas talian kepada peserta dengan menggunakan aplikasi jigsaw puzzle online (https://puzzlegarage.com/).
Tarikh | : 21 November 2023 (Selasa) |
Masa | : 2.30pm-4.30pm |
Peserta | : 10 orang |
Lokasi | : PEDi Kg Sg Batu |
Tujuan :
Kelas Usahawan Muda Digital diadakan untuk peserta dari kalangan pelajar GIATMARA KBB Sesi 2023, bertujuan untuk membantu peserta belajar menggunakan internet dan aplikasi komputer yang digunakan dalam bidang keusahawanan.
Aktiviti
Petugas menunjukkan salah satu platform online marketing iaitu Shopee. Kebanyakkan peserta sudah mempunyai akaun Shopee, petugas hanya menerangkan kelebihan dan cara penggunaan Shopee seperti memasukkan produk yang ingin dijual.
Tarikh | : 18 November 2023 (Sabtu) |
Masa | : 3.00pm-4.00pm |
Peserta | : 6 orang |
Lokasi | : PEDi Kg Sg Batu |
Tujuan
Program ini dianjurkan untuk memberi peluang kepada peserta mengulangkaji pelajaran menggunakan aplikasi Quiziz.
Aktiviti
Petugas memberikan penerangan tentang kegunaan dan fungsi aplikasi online Quiziz (https://quizizz.com/join), dan peserta diberikan soalan ulangkaji Peribahasa Bahasa Melayu di dalam aplikasi Quizziz dengan bantuan petugas.