Tarikh | : 27 September 2019 | |
Masa | : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari | |
Peserta | : 50 orang | |
Lokasi | : SK Sungai Bayor |
Tujuan
Bengkel Advokasi Klik Dengan Bijak diadakan bagi memberi kesedaran kepada setiap pengguna internet terutamanya kanak-kanak yang terlalu mudah terdedah kepada internet pada masa sekarang.
Aktiviti
Bengkel ini dihadiri seramai 50 orang peserta terdiri daripada pelajar tahap 2 dari SK Sungai Bayor. Dalam bengkel ini, pelajar diberikan taklimat penerangan melalui tayangan slide modul Klik Dengan Bijak. Peserta juga melakukan beberapa aktiviti dan kuiz yang disediakan oleh petugas.
Tarikh | : 19 September 2019 | |
Masa | : 02.00 petang - 05.30 petang | |
Peserta | : 20 orang | |
Lokasi | : PI Kg. Kuala Selama |
Tujuan
Tujuan kelas adalah untuk memberikan kemahiran secara asas dalam penggunaan Adobe Photoshop.
Aktiviti
Peserta yang menghadiri dibekalkan dokumen Asas Penggunaan Photoshop untuk memudahkan pembelajaran. Pengajar memberikan tunjuk ajar dan cara mudah penggunaan Adobe Photoshop. Peserta juga diberikan tugas untuk setiap tools yang diterangkan untuk memberi pemahaman yang lebih mendalam tentang fungsi dan cara penggunaan tools tersebut.
Tarikh | : 12 September 2019 | |
Masa | : 08.00 pagi - 01.00 petang | |
Lokasi |
: SMK Selama Kedah |
Tujuan
Pameran KDB (Klik Dengan Bijak) Hari Kantin SMK Selama, Kedah diadakan bagi memberi kesedaran kepada setiap pengguna internet yang terlalu mudah terdedah kepada internet pada masa sekarang.
Aktiviti
Pameran KDB dengan kerjasama SMK Selama, Kedah pada program Hari Kantin. Pelbagai aktiviti berkaitan advokasi disediakan untuk pelajar sekolah sepanjang pameran dijalankan. Pelajar juga diberikan penerangan tentang advokasi Klik Dengan Bijak di booth pameran.
Tarikh | : 13 September 2019 | |
Masa | : 03.00 petang - 04.00 petang | |
Peserta | : 8 orang | |
Lokasi | : PI Kg. Sungai Batu |
Tujuan
Mengadakan aktiviti online sempena Hari Malaysia.
Aktiviti
Peserta menjawab kuiz melalui website quizizz.
Tarikh | : 06 September 2019 | |
Masa | : 02.00 petang - 05.00 petang | |
Peserta | : 20 orang | |
Lokasi | : PI Kg. Kuala Selama |
Tujuan
Peserta diberikan asas dalam penyuntingan video menggunakan komputer peribadi (PC).
Aktiviti
Peserta belajar cara-cara menyunting video menggunakan perisian Wondershare Filmora. Petugas menunjukkan menu dan alat yang telah tersedia di dalam perisian. Peserta juga cuba menggunakan fungsi-fungsi tersebut selepas diberikan penerangan.