Tarikh | : 07 Oktober 2019 | |
Masa | : 10.30 pagi - 01.00 petang | |
Peserta | : 21 orang | |
Lokasi | : SK Sungai Taka |
Tujuan
Bengkel Advokasi Klik Dengan Bijak diadakan bagi memberi kesedaran kepada setiap pengguna internet, tajuk yang dibicarakan ialah "online grooming", "buli siber", "maklumat palsu" & "oversharing".
Aktiviti
Bengkel ini dihadiri pelajar SK Sungai Taka (21 orang) . Dalam bengkel ini, pelajar diberikan taklimat penerangan melalui tayangan slide modul Klik Dengan Bijak mengenai "online grooming", "buli siber", "maklumat palsu" & "oversharing". Peserta juga melakukan beberapa aktiviti dan kuiz yang disediakan oleh petugas.
Tarikh | : 06 Oktober 2019 | |
Masa | : 10.00 pagi - 01.00 petang | |
Lokasi | : Tadika Kg. Sungai Taka |
Tujuan
Menghadiri hari persaraan guru Tadika Kg. Sungai Taka iaitu Puan Olah Binti Md Akhir.
Aktiviti
Ucapan perpisahan dari murid-murid tadika, bacaan tahlil dan jamuan makan.
Tarikh | : 03 Oktober 2019 | |
Masa | : 10.00 pagi - 01.00 petang | |
Peserta | : 20 orang | |
Lokasi | : PI Kg. Kuala Selama |
Tujuan
Bengkel E-Usahawan diadakan untuk peserta dari kalangan pelajar GIATMARA Larut, bertujuan untuk membantu peserta belajar menggunakan internet dan aplikasi komputer yang digunakan dalam bidang keusahawanan.
Aktiviti
Petugas memberikan penerangan tentang kegunaan dan fungsi aplikasi Microsoft Office PowerPoint, peserta diberikan tugasan mudah untuk membuat satu slide produk jualan dengan bantuan petugas.
Tarikh | : 03 Oktober 2019 | |
Masa | : 02.00 petang - 05.00 petang | |
Peserta | : 20 orang | |
Lokasi | : PI Kg. Kuala Selama |
Tujuan
Bengkel E-Usahawan diadakan untuk peserta dari kalangan pelajar GIATMARA Larut, bertujuan untuk membantu peserta belajar menggunakan internet dan aplikasi komputer yang digunakan dalam bidang keusahawanan.
Aktiviti
Petugas memberikan penerangan tentang kegunaan dan fungsi aplikasi Microsoft Office PowerPoint, peserta diberikan tugasan mudah untuk membuat satu slide produk jualan dengan bantuan petugas.
Tarikh | : 29 September 2019 | |
Masa | : 08.00 pagi - 01.00 petang | |
Lokasi | : SK Selama, Kedah |
Tujuan
Pameran KDB (Klik Dengan Bijak) Hari Terbuka SK Selama, Kedah dibuka bagi memberi kesedaran kepada setiap pengguna internet yang terlalu mudah terdedah kepada internet pada masa sekarang.
Aktiviti
Pameran KDB dengan kerjasama SK Selama, Kedah pada program hari terbuka. Pelbagai aktiviti berkaitan advokasi disediakan untuk pelajar sekolah sepanjang pameran dijalankan. Pelajar juga diberikan penerangan tentang advokasi Klik Dengan Bijak di gerai pameran.