Tarikh | : 14 November 2019 | |
Masa | : 02.00 petang - 05.00 petang | |
Peserta | : 21 orang | |
Lokasi | : PI Kg. Sungai Batu |
Tujuan
Bengkel E-Usahawan diadakan untuk peserta dari kalangan pelajar Giatmara Mahang, bertujuan untuk membantu peserta belajar menggunakan internet dan aplikasi komputer yang digunakan dalam bidang keusahawanan.
Aktiviti
Petugas memberikan penerangan tentang kegunaan dan fungsi aplikasi Microsoft Office PowerPoint, peserta diberikan tugasan mudah untuk membuat satu slide produk jualan dengan bantuan petugas.
Tarikh | : 07 November 2019 | |
Masa | : 02.00 petang - 04.00 petang | |
Peserta | : 21 orang | |
Lokasi | : PI Kg. Sungai Batu |
Tujuan
Memberi pendedahan kepada peserta tentang tool yang ada dalam Microsoft Excel secara keseluruhannya dan mengaplikasikan pembelajaran dengan menghasilkan sebuah jadual dan carta.
Aktiviti
Menggunakan fungsi-fungsi Microsoft Office Excel untuk menghasilkan pengolahan data yang lengkap.
Tarikh | : 31 Oktober 2019 | |
Masa | : 02.30 petang - 04.30 petang | |
Peserta | : 21 orang | |
Lokasi | : PI Kg. Sungai Batu |
Tujuan
Tujuan kelas adalah untuk memberikan kemahiran secara asas dalam penggunaan Adobe Photoshop.
Aktiviti
Peserta yang menghadiri dibekalkan dokumen Asas Penggunaan Photoshop untuk memudahkan pembelajaran. Pengajar memberikan tunjuk ajar dan cara mudah penggunaan Adobe Photoshop. Peserta juga diberikan tugas untuk setiap tools yang diterangkan untuk memberi pemahaman yang lebih mendalam tentang fungsi dan cara penggunaan tools tersebut.
Tarikh | : 06 November 2019 | |
Masa | : 10.30 pagi - 01.00 petang | |
Peserta | : 21 orang | |
Lokasi | : SK Sungai Batu |
Tujuan
Bengkel Advokasi Klik Dengan Bijak diadakan bagi memberi kesedaran kepada setiap pengguna internet terutamanya kanak-kanak yang terlalu mudah terdedah kepada internet pada masa sekarang.
Aktiviti
Bengkel ini dihadiri seramai 21 orang. Dalam bengkel ini, pelajar diberikan taklimat penerangan melalui tayangan slide modul Klik Dengan Bijak. Peserta juga melakukan beberapa aktiviti dan kuiz yang disediakan oleh petugas.
Tarikh | : 25 Oktober 2019 | |
Masa | : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari | |
Peserta | : 4 orang | |
Lokasi | : PI Kg. Sungai Batu |
Tujuan
Peserta mengetahui fungsi-fungsi umum dalam Microsoft Office PowerPoint 2010 dan peserta dapat menggunakan Microsoft Office PowerPoint dengan betul dan praktikal dalam membuat kerja sekolah.
Aktiviti
Menggunakan fungsi-fungsi Microsoft Office PowerPoint untuk memasukkan bentuk, gambar, graf, video, lagu dan sebagainya ke dalam lembar kerja (slide).