PRODUK KECANTIKAN & KESIHATAN HAI-O MARKETING

Nama : Mariana Binti Mad Arop
Umur : 40 tahun
Ahli : 2015

 

Latar Belakang

Puan Mariana Binti Mad Arop ialah seorang guru KAFA, disamping itu beliau juga seorang usahawan separuh masa dimana beliau menjual produk-produk kecantikan dan kesihatan beliau melalui secara atas talian (online) dan juga pembelian terus melaluinya (walk-in).

 

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Sebelum penglibatan di dalam PI, Puan Mariana kurang mahir tentang selok-belok perniagaan. Beliau juga tidak mengetahui teknik dan cara yang bersesuaian dalam mempromosikan produk-produk beliau. Begitu juga penggunaan ICT, dimana beliau hanya menggunakan facebook untuk berkomunikasi bersama rakan-rakan dan juga tidak tahu cara untuk membuat promosi melalui facebook dan penggunaan bank secara atas talian (online bank-in). Beliau melakukan segala transaksi perkhidmatan bank hanya dengan secara manual.

 

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Sungai Batu, kini Puan Mariana mempunyai kemahiran asas perniagaan serta tahu cara dan teknik yang bersesuaian untuk memasarkan produk-produk beliau. Puan Mariana berjaya membuat pemasaran di facebook dengan menarik pelanggan di media sosial menggunakan pelbagai strategi pemasaran online. Beliau telah mengikuti pelbagai latihan dan bengkel yang dijalankan di PI antaranya mempelajari cara pemasaran melalui online, membuka akaun facebook dan update post di facebook serta mengikuti kelas online banking. Dengan perniagaan secara sampingan, kini ia boleh menampung perbelanjaan harian dan boleh berbelanja untuk keperluan sendiri tanpa meminta bantuan daripada suami.