Tarikh : 14 Ogos 2018
Masa : 03.00 petang - 05.00 petang
Peserta : Seorang
Lokasi : PI Kg. Sungai Batu

 

 

 

 

 

Tujuan

Kursus E-usahawan membantu peserta mendokumentasi maklumat dengan lebih tersusun dan kemas. Peserta menggunakan excel dan Microsft Word dalam mendokumentasi maklumat.

 

Aktiviti

Peserta menggunakan excel dan Microsoft Word untuk menyusun data-data menjadikan dokumen lengkap.

klik disini untuk galeri foto

Tarikh : 11 Ogos 2018
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari
Peserta : 6 orang
Lokasi : PI Kg. Sungai Batu

 

 

 

 

 

Tujuan

Sempena bulan kemerdekaan Pusat Internet mengambil kesempatan dengan menjalankan aktiviti kemerdekaan. Aktiviti ini dapat memupuk semangat sayangkan Malaysia seiring dengan tema Sayangi Malaysia tahun ini. Selain itu, peserta juga dapat menggunakan e-pembelajaran dalam membantu dalam pembelajaran mereka.

 

Aktiviti

Peserta bermain puzzle Jalur Gemilang menggunakan laman e-pembelajaran.

klik disini untuk galeri foto

Tarikh : 06 Ogos 2018
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari
Peserta : 30 orang 
Lokasi : Wisma Persekutuan Anak Bukit, Alor Setar, Kedah

 

 

 

 

 

Tujuan

Kerjasama dengan JOBSMALAYSIA untuk menjadikan Pusat Internet sebagai hub hebahan dan pusat temuduga komuniti.

 

Aktiviti

Berlangsung majlis tandatangan MOU antara SKMM dan Jabatan Tenaga Kerja.Selain itu, peserta juga diberi taklimat tentang JobMalaysia dan fuingsi JobMalaysia dalam membantu pencari kerja dan majikan.

klik disini untuk galeri foto

Tarikh : 08 Ogos 2018
Masa : 02.00 petang - 04.00 petang
Peserta : 45 orang
Lokasi : SK Mahang

 

 

 

 

 

Tujuan

Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.

Ia bertujuan untuk :-

Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet).

Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain.

Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri.

Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet.

 

Aktiviti

Sepanjang bengkel dijalankan peserta diberi taklimat Klik Dengan Bijak dan pelbagai aktiviti dijalankan antaranya kuiz, sesi soal jawab dan aktiviti berkumpulan.

klik disini untuk galeri foto

Tarikh : 04 Ogos 2018
Masa : 10.00 pagi - 03.00 petang
Lokasi : Mydin Mall Bukit Mertajam

 

 

 

 

 

Tujuan

Program MyMerdeka Sayangi Malaysiaku bersempena Bulan Kemerdekaan diajurkan oleh Jabatan Penerangan untuk menyambut bulan kemerdekaan.

 

Aktiviti

Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang tempoh pelaksanaan program tersebut antaranya pameran sejarah negara, pameran raja, pameran koleksi logo hari kebangsaan, sudut karikatur, persembahan pentarama, kuiz kenegaraan, suduh tayangan multimedia dan video kenegaraan serta layar bestari. Selain itu, orang ramai turut serta menyertai pelabagai aktiviti menarik di booth yang dibuka dari beberapa agensi termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

klik disini untuk galeri foto