Tarikh : 08 Oktober 2018
Masa : 11.00 pagi - 01.00 petang
Peserta : 50 orang
Lokasi : SMK Selama Kedah

 

 

 

 

 

Tujuan

Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.

Ia bertujuan untuk :-

Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet).

Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain.

Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri.

Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet.

 

Aktiviti

Sepanjang bengkel dijalankan peserta diberi taklimat Klik Dengan Bijak dan pelbagai aktiviti dijalankan antaranya kuiz, sesi soal jawab dan aktiviti berkumpulan.

klik disini untuk galeri foto

Tarikh : 06 Oktober 2018
Masa : 2.00 petang - 06.00 petang
 Lokasi  : PI Kg. Sungai Batu

 

 

 

 

Tujuan

Hari Bersama komuniti ini bertujuan untuk mempromosikan Pusat Internet dan menggalakkan penyertaan menyeluruh komuniti terhadap aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Internet.

 

Aktiviti

  • Taklimat dashboard komuniti PI.
  • Taklimat advokasi Klik Dengan Bijak.
  • Demonstrasi makanan sihat oleh Klinik Desa Kg. Sg. Taka & Kg. Sg. Batu
  • Aktiviti mewarna kanak-kanak.
  • Bengkel usahawan eRezeki dan kad nama.

klik disini untuk galeri foto

Tarikh : 04 Oktober 2018
Masa : 03.00 petang - 04.00 petang
Peserta : 3 orang
Lokasi : PI Kg. Sungai Batu

 

 

 

 

 

Tujuan

Peserta menggunakan paint untuk melukis. Aktiviti ini memberi peluang kepada peserta untuk melatih tangan dengan menggunakan tetikus.

 

Aktiviti

Peserta menggunakan paint untuk melukis pelbagai objek.

klik disini untuk galeri foto

Tarikh : 06 Oktober 2018
Masa : 9.30 pagi - 12.00 tengahari
Peserta : 23
Lokasi : PI Kg. Sungai Batu

 

 

 

 

 

Tujuan

Program ini bertujuan untuk memberi manfaat kepada masyarakat, terutamanya isi rumah berpendapatan rendah dengan membolehkan dan menghubungkan mereka kepada peluang pendapatan secara digital.

 

Aktiviti

Peserta mendengar taklimat eRezeki yang disampaikan oleh petugas dan mendaftar dengan Erezeki.

klik disini untuk galeri foto

Tarikh : 27 September 2018
Masa : 09.30 pagi - 12.30 tengah hari
Peserta : 2 orang
Lokasi : PI Kg. Sungai Batu

 

 

 

 

 

Tujuan

Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberikan kemahiran asas dalam penggunaan Adobe Photoshop.

 

Aktiviti

Peserta yang menghadiri dibekalkan dokumen Asas Penggunaan Photoshop untuk memudahkan pembelajaran. Pengajar memberikan tunjuk ajar dan cara mudah penggunaan Adobe Photoshop. Peserta juga diberikan tugas untuk setiap tools yang diterangkan untuk memberi pemahaman yang lebih mendalam tentang fungsi dan cara penggunaan tools tersebut.

klik disini untuk galeri foto