Tarikh :  07 Disember 2023 (Khamis)
Masa :  9.30am - 12.30pm
Peserta :  23 orang
Lokasi :  Tabika Perpaduan Taman Seri Selama

Tujuan

Aktiviti Stem -IOT untuk kanak-kanak tabika mengenali sains dan teknologi.

Aktiviti

Peserta menjalankan aktiviti Paper Plane.Peserta membuat kapal terbang menggunakan kertas dan menguji tahap kelajuan kapal terbang dengan menerbangkan kapal terbang tersebut.

klik disini untuk galeri foto

Tarikh :  10 Disember 2023 (Ahad)
Masa :  9.30am - 12.30pm
Peserta :   orang
Lokasi :  SK Jalan Selama

 

Tujuan

Program yang dijalankan adalah semperna Hari Keusahawanan bagi Sekolah Kebangsaan Jalan Selama, Serdang bagi tahun 2023. Program ini juga turut dimeriahkan dengan jemputan daripada beberapa agensi seperti PEDi, LZNK, Jabatan Kemajuan Masyarakat dan lain-lain.

Aktiviti

Pihak PEDi Kluster Bandar Baharu telah menyertai program ini dengan membuka booth serta turut mengadakan beberapa aktiviti menarik kepada para peserta. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah word search, online quiz, STEM-IOT, online colouring dan puzzle. Aktiviti-aktiviti ini dijalankan bagi menarik minat pelajar bagi memudahkan para petugas mendekati pelajar dan dapat memperkenalkan PEDi kepada mereka.

Tarikh :  25 November 2023 (Sabtu)
Masa :  3.00pm-4.00pm
Peserta :  6 orang
Lokasi :  PEDi Kg Sg Batu

Tujuan

Program ini dianjurkan untuk memberi peluang kepada peserta mengulangkaji pelajaran menggunakan aplikasi Quiziz.

Aktiviti

Petugas memberikan penerangan tentang kegunaan dan fungsi aplikasi online Quiziz (https://quizizz.com/join), dan peserta diberikan soalan ulangkaji Matematik (Tambah dan Tolak)  di dalam aplikasi Quizziz dengan bantuan petugas.

Tarikh :  29 November 2023 (Rabu)
Masa :  3.00pm-5.00pm
Peserta :  7 orang
Lokasi :  PEDi Kg Sg Batu

Tujuan :

Program E-Sports@PEDi diadakan untuk peserta dari kalangan belia, bertujuan untukmembantu mereka dalam meningkatkan daya pemikiran secara kritis dan kreatif. Esports dapat membantu pemain mengembangkan pelbagai kemahiran seperti koordinasi tangan dan mata yang lebih baik, kebolehan kognitif yang unggul dan membuat keputusan yang cepat.

Aktiviti

Peserta diberikan pengenalan tentang permainan FIFA 2022. Seterusnya peserta cuba mengatur strategi dan bertanding antara merekadengan bantuan petugas.

 

Tarikh :  24 November 2023 (Jumaat)
Masa :  3.00pm-5.00pm
Peserta :  9 orang
Lokasi :  PEDi Kg Sg Batu

Tujuan

Aktiviti AI Emoji Scavenger Hunt diadakan untuk memberi pendedahan kepada Artificial Intelligence (AI) dalam bentuk permainan online.

Aktiviti

Peserta diberikan peluang untuk belajar sambil bermain permainan di atas talian tentang AI dan kegunaannya di laman web Emoji Scavenger Hunt (https://emojiscavengerhunt.withgoogle.com/). Peserta dikehendaki untuk mencari dan mengimbas objek yang ditunjukkan dalam bentuk emoji oleh laman web tersebut.