Tarikh :  13 Jun 2024 (Khamis)
Masa :  09:00 AM hingga 12:00 AM
Peserta :  15 orang
Lokasi :  NADI Kg Sungai Batu

Tujuan

Program ini dijalankan untuk memperkenalkan pelajar tadika kepada dunia teknologi dan mengembangkan kemahiran asas mereka dalam pelbagai bidang. Aktiviti pengenalan kepada komputer (ICT) membantu mereka mengenal fungsi asas komputer, memperkukuh kemahiran digital dari usia muda. Aktiviti STEM, seperti menghasilkan sabun, mengajar konsep sains asas dan kreativiti, memupuk minat terhadap sains dan kejuruteraan. Aktiviti soft skill, seperti mengenal lima deria rasa, membantu dalam memahami dan menghargai deria mereka, sementara aktiviti seperti origami dan storytelling mengembangkan kreativiti, koordinasi tangan-mata, dan kemahiran komunikasi. Keseluruhan aktiviti ini bertujuan untuk memberikan pengalaman pembelajaran yang holistik dan menyenangkan, mempersiapkan pelajar untuk masa depan yang lebih baik.

 

Aktiviti

Pengenalan kepada Komputer

Petugas memperkenalkan bahagian asas komputer seperti monitor, papan kekunci, dan tetikus kepada peserta.

Aktiviti ICT (Pengenalan Kepada Komputer) - Klik disini untuk ke galeri foto

 

5 Deria Saya 

Petugas memulakan dengan penerangan ringkas mengenai lima deria utama manusia menggunakan slide untuk menunjukkan contoh setiap deria. Petugas bertanya soalan untuk memastikan pelajar memahami setiap deria dan fungsinya.

Aktiviti Softskill (5 Deria Saya) - Klik disini untuk ke galeri foto

 

Penghasilan Sabun

Petugas menerangkan bahan-bahan dan langkah-langkah untuk menghasilkan sabun. Peserta akan mengambil bahagian dalam setiap langkah pembuatan sabun, seperti mencampur bahan dan mencetak sabun.

Aktiviti STEM (Penghasilan Sabun) - Klik disini untuk ke galeri foto

 

Storytelling

Petugas akan memperkenalkan cerita itik yang hodoh dan terangkan kepada pelajar bahawa cerita ini mengandungi pelajaran penting tentang keunikan diri dan kesabaran.

Origami

Petugas mengajar langkah-langkah mudah untuk membuat origami, seperti membuat kapal atau burung. Peserta akan membuat origami mereka sendiri dengan bimbingan petugas.

Aktiviti Softskill (Storytelling & Origami) - Klik disini untuk ke galeri foto