Program "Mai Baca @ Perpustakaan" yang dijalankan di Perpustakaan Desa Sungai Batu Zon 2 Kedah 2017 bertarikh 22 Oktober 2017. 

Program ini dirasmikan oleh Encik Shahizan Affandi Bin Zakaria selaku Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah. Turut terlibat bagi menjayakan program ini ialah JKKK Kg. Sungai Batu, Penyelia Perpustakaan Desa PNM Kedah, Sukarelawan Perpustakaan Desa Sungai Batu, Sekolah Kebangsaan Sungai Batu, Pusat Internet 1Malaysia Sungai Batu, Pusat Internet 1Malaysia Kg. Kuala Selama dan juga agensi-agensi kerajaan.

"Program Mai Baca @ Perpustakaan" merupakan program galakan membaca yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan dan seterusnya memaksimumkan tahap penggunaan perkhidmatan perpustakaan diluar bandar kepada semua peringkat umur.

Antara aktiviti-aktiviti semasa yang dijalankan ialah pertandingan mewarna kanak-kanak, mewarna dewasa, fast typing dan beberapa aktiviti sebelum telah dijalankan antaranya ciptaan model rumah, ciptaan puding roti dan ciptaan buku skrap.

Bagi aktiviti sukaneka pula aktiviti semasa antaranya seperti bawa bola pingpong dalam sudu, lari kepit belon, isi air dalam botol menggunakan span, musang berjanggut dan tiup belon jatuhkan cawan.