Di pinggir Kampung Bagan Baharu yang terletak di Mukim Ijok, Selama, Perak, terdapat sebuah telaga gergasi yang menjadi kebanggaan penduduk dan merupakan salah satu tarikan pelancong. Ia dipercayai telah dibina pada tahun 1936 oleh pihak Inggeris sebagai tempat untuk menyimpan air dan dijadikan sumber pengairan bagi tanaman padi pada ketika itu. Kegigihan pihak Inggeris dalam membina telaga ini banyak memberi manfaat kepada penduduk.

Kawasan telaga yang sungguh besar dan menakjubkan ini pasti akan menggamit pengunjung dari luar untuk bertandang ke kampung ini. Namun, pengunjung perlu berhati-hati ketika berada di kawasan telaga gergasi kerana ia mungkin akan membahayakan nyawa jika terjatuh ke dalamnya.

 
Selain mempunyai telaga yang luas, air yang mengalir di telaga ini juga sungguh deras dan jika bernasib baik, pengunjung boleh melihat panorama indah pelangi muncul pada waktu tengah hari di permukaan air telaga gergasi.

 

image