Mukim Sungai Batu pada asalnya didiami oleh pendatang dari Perak, Kelantan dan Pahang. Sejarah awal menunjukkan pendatang dari Pahang ialah daripada kerabat Temenggung Ibrahim.Nama Sungai Batu dikatakan diambil daripada sebuah sungai yang mempunyai banyak batu.Pembukaan Mukim Sungai Batu ialah sekitar tahun 1900. Mukim Sungai Batu terdiri daripada 14 buah kampung iaitu :

  • Kampung Sungai Taka
  • Kampung Tasek
  • Kampung Medan
  • Kampung Banggol Durian
  • Kampung Jermai
  • Kampung Setali
  • Kampung Rantau Panjang
  • Kampung Kenangan
  • Kampung Sungai Batu
  • Kampung Sungai Kasai
  • Kampung Sungai Pasir
  • Kampung Cherok Meranti
  • Kampung Sungai Buloh
  • Kampung Sungai Tengas Hilir