PROGRAM DA'I DIGITAL (G-MAIL, FACEBOOK, YOUTUBE, BLOG & INSTAGRAM)

Nama : Norihan Binti Md Akhir
Umur : 38 tahun
Ahli : 2017


Latar Belakang

Puan Norihan ialah seorang guru KAFA di Sekolah Kebangsaan Sungai Batu.

 

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT beliau hanya menggunakan internet untuk berkomunikasi melalui aplikasi Whatsapp sahaja. Beliau tidak aktif di Facebook. Beliau juga tidak mengetahui fungsi lain dalam media sosial.

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Sungai Batu, beliau telah berjaya membuat facebook page untuk menyebarkan dakwah.Selain itu, beliau dapat berkongsi maklumat atau hebahan melalui media sosial. Beliau juga sudah mahir dalam membina blog disamping dapat menyebarkan ilmu pengetahuan bukan sahaja di dalam kelas tetapi juga melalui sosial media. Kini beliau sangat aktif di Facebook peribadi dan Facebook Page.