Tarikh        : 22 Oktober 2017

Masa         : 9.00 pagi - 1.00 petang

Lokasi       : Perpustakaan Desa Sungai Batu

Kehadiran : 200 orang

Tujuan 

"Program Mai Baca @ Perpustakaan" merupakan program galakan membaca yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan dan seterusnya memaksimumkan tahap penggunaan perkhidmatan perpustakaan diluar bandar kepada semua peringkat umur.

 

Aktiviti

Antara aktiviti-aktiviti semasa yang dijalankan ialah pertandingan mewarna kanak-kanak, mewarna dewasa, fast typing dan beberapa aktiviti sebelum telah dijalankan antaranya ciptaan model rumah, ciptaan puding roti dan ciptaan buku skrap.

Bagi aktiviti sukaneka pula aktiviti semasa antaranya seperti bawa bola pingpong dalam sudu, lari kepit belon, isi air dalam botol menggunakan span, musang berjanggut dan tiup belon jatuhkan cawan.

klik sini untuk galeri foto

Sesi Kelas English Central 4, 5 & 6

Tarikh   :08,15 & 29 September 2017

Masa    : 2.30 petang - 4.30 petang

Lokasi   : Pusat Internet 1Malaysia Kg. Sg. Batu

Peserta : 9 orang peserta 

Tujuan

EnglishCentral adalah sebuah aplikasi dimana ianya penyediaan penyelesaian perbualan bahasa Inggeris dalam talian, Platform EnglishCentral menggabungkan Inggeris terbaik di web melalui sistem pembelajaran perbendaharaan kata adaptif dan tutor secara langsung yang dihantar dengan lancar melalui web dan mudah alih.

Disamping itu, pembelajaraan ini juga dapat membantu peserta meningkatkan pengetahuan Bahasa Inggeris melalui EnglishCentral. 

 

Aktiviti

Peserta membuat latihan dengan menyebut beberapa perbendaharaan kata dan tatabahasa dalam Bahasa Inggeris dengan betul.

klik sini untuk galeri foto

Sambutan Semarak 60 Tahun Kemerdekaan

Tarikh   : 28 Ogos 2017

Masa    : 9.30 pagi - 1.00 petang

Lokasi   : Pusat Internet 1Malaysia Kg. Sg. Batu

Peserta : 47  orang peserta 

 

Tujuan

Majlis sempena sambutan Kemerdekaan Yang Ke-60 dimana aktiviti aktiviti sebelum sambutan kemerdekaan telah dijalankan dan setiap peserta yang menyertai berpeluang mendapat hadiah disamping itu, ia juga dapat menerapkan nilai-nilai semangat patriotik dan mendapat serba sedikit pengetahuan ict kepada peserta aktiviti sempena bulan kemerdekaan. Sambutan yang diadakan berkolaboratif bersama Perpustakaan Desa Sungai Taka dan juga bantuan dari PI1M Lubuk Buntar dan PI1M Kg. Kuala Selama.

Aktiviti

Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan sebelum sambutan bulan Kemerdekaan Yang Ke-60 ialah poster kemerdekaan (canva), typing sajak kemerdekaan dan aktiviti-aktiviti semasa pada sambutan tersebut seperti pertandingan mewarna kemerdekaan dan sebagainya.

klik sini untuk galeri foto