Tarikh | : 04 Ogos 2018 | |
Masa | : 10.00 pagi - 03.00 petang | |
Lokasi | : Mydin Mall Bukit Mertajam |
Tujuan
Program MyMerdeka Sayangi Malaysiaku bersempena Bulan Kemerdekaan diajurkan oleh Jabatan Penerangan untuk menyambut bulan kemerdekaan.
Aktiviti
Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang tempoh pelaksanaan program tersebut antaranya pameran sejarah negara, pameran raja, pameran koleksi logo hari kebangsaan, sudut karikatur, persembahan pentarama, kuiz kenegaraan, suduh tayangan multimedia dan video kenegaraan serta layar bestari. Selain itu, orang ramai turut serta menyertai pelabagai aktiviti menarik di booth yang dibuka dari beberapa agensi termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Tarikh | : 02 Ogos 2018 | |
Masa | : 09.00 pagi - 11.00 pagi | |
Peserta | : Seorang | |
Lokasi | : PI Kg. Sungai Batu |
Tujuan
Program e-usahawan memperkasakan keusahawan digital. Pada permulaan peserta diberi pengenalan tentang fungsi dan memahami asas komputer.
Aktiviti
Mempelajari cara menggunakan komputer dengan melakukan aktiviti yang akan membantu membangunkan kemahiran teknologi serta menunjukkan cara menggunakan kemahiran tersebut dalam kehidupan seharian, pekerjaan atau membuka perniagaan kecil.
Tarikh | : 25 Julai 2018 | |
Masa | : 09.00 pagi - 04.00 petang | |
Peserta | : 11 orang | |
Lokasi | : PI Kg. Sungai Batu |
Tujuan
Program e-usahawan memperkasakan keusahawan digital. Peserta didedahkan dengan pemasaran online melalui platform media sosial seperti Facebook, Instagram dan Youtube.
Aktiviti
Peserta membuka akaun media sosial. Selain itu, mereka mencuba pelbagai teknik pemasaran produk dalam media sosial.
Tarikh | : 26 Julai 2018 | |
Masa | : 09.00 pagi - 01.00 petang | |
Peserta | : 20 orang | |
Lokasi | : GiatMara Mahang |
Tujuan
Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.
Ia bertujuan untuk :-
Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet).
Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain.
Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri.
Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet.
Aktiviti
Sepanjang bengkel dijalankan peserta diberi taklimat Klik Dengan Bijak dan pelbagai aktiviti dijalankan antaranya kuiz, sesi soal jawab dan aktiviti berkumpulan.
arikh | : 24 Julai 2018 | |
Masa | : 09.00 pagi - 06.00 petang | |
Peserta | : 3 orang | |
Lokasi | : PI Kg. Sungai Batu |
Tujuan
Program ini bertujuan untuk memberi manfaat kepada masyarakat, terutamanya isi rumah berpendapatan rendah dengan membolehkan dan menghubungkan mereka kepada peluang pendapatan digital.
Aktiviti
Peserta dilatih, berkelayakan dan dipadankan dengan tugas-tugas sesuai untuk bekerja.