Tarikh |
: 12 Januari 2022 |
Masa |
: 11.00 pagi - 01.00 petang |
Peserta |
: 5 orang |
Lokasi |
: PEDi Kg. Sungai Batu |
Tujuan
Kelas mahir komputer (google form) diadakan untuk peserta dari petugas Perpustakaan Desa, bertujuan untuk membantu peserta belajar mengguna dan menguruskan data di dalam aplikasi komputer yang digunakan iaitu google form.
Aktiviti
Petugas menunjukkan cara menguruskan data di dalam google form kepada peserta dengan bantuan petugas.
Tarikh |
: 23 Disember 2021 |
Masa |
: 10.00 pagi - 12.00 tengah hari |
Peserta |
: 38 orang |
Lokasi |
: Giatmara Larut |
Tujuan
Bengkel E-Usahawan diadakan untuk peserta dari kalangan pelajar Giatmara Larut Jurusan Automotif & Masakan dan Pramusaji, bertujuan untuk membantu peserta belajar menggunakan internet dan aplikasi komputer yang digunakan dalam bidang keusahawanan.
Aktiviti
Penyampaian sijil dan saguhati kepada peserta Bengkel E-Usahawan Giatmara Larut Jurusan Automotif & Masakan dan Pramusaji.
Tarikh | : 06 Disember 2021 | |
Masa | : 02.00 petang - 05.00 petang | |
Peserta | : 8 orang | |
Lokasi | : PEDi Kg. Kuala Selama |
Tujuan
Bengkel E-Usahawan diadakan untuk peserta dari kalangan pelajar GIATMARA Larut, bertujuan untuk membantu peserta belajar menggunakan internet dan aplikasi komputer yang digunakan dalam bidang keusahawanan.
Aktiviti
Petugas memberikan penerangan tentang kegunaan dan fungsi aplikasi online Canva (www.canva.com), peserta diberikan tugasan mudah untuk menyunting satu poster menggunakan Canva dengan bantuan petugas.
Tarikh | : 16 Disember 2021 | |
Masa | : 12.00 tengah hari - 01.00 petang | |
Peserta | : 32 orang | |
Lokasi | : Kediaman Peserta |
Tujuan
Program Advokasi Anjuran LPPKN & Pusat Ekonomi Digital (PEDi) diadakan untuk pelajar & waris pelajar melalui laman sesawang Google Meet secara atas talian. Tujuan program secara online ini diadakan untuk memberikan bimbingan motivasi dan sahsiah diri kepada pelajar giatmara.
Penceramah yang akan memberikan ucapan ialah Encik Hassan Sani dengan tajuk ceramah yang berjudul : No Apologies.
Tarikh | : 06 Disember 2021 | |
Masa | : 11.00 pagi - 12.30 tengah hari | |
Peserta | : Semua PIK/PEDi | |
Lokasi | : Microsoft Team (Live Event) |
Tujuan
Sesi penerangan berkenaan inisiatif Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) di bawah Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil (PUPUK) kepada Rakan Digital PEDi dan Pengurus PEDi Semenanjung dan Wilayah Persekutuan.