Tarikh | : 16 Ogos 2022 | |
Masa | : 08.00 pagi - 12.00 tengah hari | |
Lokasi |
: PEDi Pekan Bandar Baharu |
Tujuan
Hari Bersama Komuniti ini bertujuan untuk mempromosikan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) dan menggalakkan penyertaan menyeluruh komuniti terhadap aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh PEDi. Turut mengundang Tuan Haji Jamil Bin Abdul Samad (Ketua Komuniti, Komuniti Keluarga Malaysia Taman Berlian Indah) sebagai perasmi program Hari Bersama Komuniti Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi), Kluster Daerah Bandar Baharu.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dianjurkan ialah:
- Pertandingan Kuiz Spontan
- Kempen Promosi, Pendaftaran Program E-tuisyen & E-Learning
- Pameran & Jualan Buku, Kempen Promosi E-Servis PEDi
- Pameran Perkhidmatan & Program PEDi
- Booth Pameran & Aktiviti Sukaneka Dari Perpustakaan Awam Bandar Baharu, Kedah
- Booth Pameran & Perkongsian Maklumat Jabatan Penerangan Bandar Baharu, Kedah
- Booth Pameran & Perkhidmatan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Kedah
- Booth Pameran Dari Perpustakaan Desa Kg. Permatang Pasir, Bandar Baharu, Kedah
- Booth Pameran & Perkhidmatan Lemabaga Tabung Haji, Kulim, Kedah
- Booth Pameran & Jualan Produk dari Unit PPKI SMK Lubuk Buntar - Sos & Lain-Lain
- Puan Saadiah - Usahawan Kraftangan
- En. Zuraimey Zahari - Usahawan Sabun Al Hikmah
Tarikh | : 11 Ogos 2022 | |
Masa | : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari | |
Peserta | : 9 orang | |
Lokasi | : PEDi Kg. Sungai Batu |
Tujuan
Peserta yang hadir terdiri daripada pelajar Giatmara Mahang kursus Fashion & Design, kelas pengenalan gmail ini bertujuan untuk membantu peserta belajar menggunakan internet dan aplikasi komputer yang digunakan dalam bidang keusahawanan.
Aktiviti
Petugas memberikan pengenalan komputer seperti ciri-ciri dan aplikasi yang terdapat dalam komputer. Untuk pengenalan komputer petugas menunjukkan cara-cara melayari internet. Seterusnya, peserta membuat pendaftaran baru e-mel (Gmail) dengan bantuan petugas.
Tarikh | : 02 Ogos 2022 | |
Masa | : 10.00 pagi - 01.00 petang | |
Peserta | : 8 orang | |
Lokasi | : PEDi Kg. Sungai Batu |
Tujuan
Bengkel E-Usahawan diadakan untuk peserta dari kalangan pelajar Giatmara Mahang, bertujuan untuk membantu peserta belajar menggunakan internet dan aplikasi komputer yang digunakan dalam bidang keusahawanan.
Aktiviti
Petugas memberikan penerangan tentang kegunaan dan fungsi aplikasi online Canva (www.canva.com), peserta diberikan tugasan mudah untuk menyunting satu poster menggunakan Canva dengan bantuan petugas.
Tarikh | : 04 Ogos 2022 | |
Masa | : 10.00 pagi - 01.00 petang | |
Peserta | : 11 orang | |
Lokasi | : PEDi Kg. Sungai Batu |
Tujuan
Bengkel E-Usahawan diadakan untuk peserta dari kalangan pelajar Giatmara Mahang, bertujuan untuk membantu peserta belajar menggunakan internet dan aplikasi komputer yang digunakan dalam bidang keusahawanan.
Aktiviti
Petugas memberikan penerangan tentang kegunaan dan fungsi aplikasi online Canva (www.canva.com), peserta diberikan tugasan mudah untuk menyunting satu poster menggunakan Canva dengan bantuan petugas.
Tarikh | : 28 Julai 2022 | |
Masa | : 02.30 petang - 04.30 petang | |
Peserta | : 31 orang | |
Lokasi | : Giatmara Mahang |
Tujuan
Bengkel Advokasi Klik Dengan Bijak diadakan bagi memberi kesedaran kepada setiap pengguna khususnya kepada golongan kanak-kanak dan remaja yang terlalu terdedah kepada internet pada masa sekarang.
Aktiviti
Bengkel ini dihadiri bagi peserta Giatmara Mahang (31 orang) . Dalam bengkel ini, pelajar diberikan taklimat penerangan melalui tayangan slaid modul Klik Dengan Bijak mengenai "penipuan internet", "oversharing", "maklumat palsu", & "buli siber". Peserta juga melakukan beberapa aktiviti dan kuiz yang disediakan oleh petugas.