Tarikh | : 15 Disember 2022 (Khamis) |
|
Masa | : 09.30 pagi - 11.30 pagi | |
Peserta | : 6 orang | |
Lokasi | : PEDi Kg. Sungai Batu |
Tujuan
Bengkel E-Usahawan (Shopee) diadakan untuk peserta dari Giatmara Mahang Jurusan Teknologi Motosikal, bertujuan untuk membantu peserta menjual produk menggunakan aplikasi penjualan atas talian.
Aktiviti
Peserta diberikan penerangan tentang kegunaan dan kaedah penjualan dalam Shopee (www.shopee.com.my). Petugas menunjukkan cara-cara untuk memuat naik produk dalam Shopee dengan memasukkan keterangan dan cara-cara menguruskan kedai atas talian.
Tarikh |
: 08 Disember 2022 (Khamis) |
Masa |
: 09.30 pagi - 11.30 pagi |
Peserta |
: 6 orang |
Lokasi |
: PEDi Kg. Sungai Batu |
Tujuan
Bengkel E-Usahawan diadakan untuk peserta dari kalangan pelajar Giatmara Mahang jurusan Teknologi Motosikal, bertujuan untuk membantu peserta belajar menggunakan internet dan aplikasi komputer yang digunakan dalam bidang keusahawanan.
Aktiviti
Peserta menggunakan akaun Gmail yang telah cipta dan peserta perlu memuat video di akaun YouTube peserta dengan tunjuk ajar dari petugas. Dan petugas akan menunjukkan cara-cara untuk memuat naik produk di dalam Marketplace Facebook dengan memuatnaik gambar dan meletakkan keterangan berkenaan barang yang hendak dijual.
Tarikh | : 01 Disember 2022 (Khamis) | |
Masa | : 09.30 pagi - 11.30 pagi | |
Peserta | : 6 orang | |
Lokasi | : PEDi Kg. Sungai Batu |
Tujuan
Bengkel E-Usahawan diadakan untuk peserta dari kalangan pelajar Giatmara Mahang kursus Teknologi Motosikal, bertujuan untuk membantu peserta belajar menggunakan internet dan aplikasi komputer yang digunakan dalam bidang keusahawanan.
Aktiviti
Petugas memberikan penerangan tentang kegunaan dan fungsi aplikasi Microsoft Office PowerPoint, peserta diberikan tugasan mudah untuk membuat satu slide produk jualan dengan bantuan petugas.
Tarikh | : 04 Disember 2022 (Isnin) | |
Masa | : 03.00 petang - 05.00 petang | |
Lokasi |
: SK Sungai Tengas |
Tujuan
Bengkel Advokasi Klik Dengan Bijak diadakan bagi memberi kesedaran kepada setiap pengguna khususnya kepada golongan kanak-kanak dan remaja yang terlalu terdedah kepada internet pada masa sekarang.
Aktiviti
Bengkel ini dihadiri bagi peserta SK Sungai Tengas. Dalam bengkel ini, pelajar diberikan taklimat penerangan melalui tayangan slaid modul Klik Dengan Bijak mengenai "penipuan internet", "oversharing", "maklumat palsu", & "buli siber". Peserta juga melakukan beberapa aktiviti dan kuiz yang disediakan oleh petugas.
Tarikh | : 23 November 2022 (Rabu) | |
Masa | : 09.30 pagi - 11.30 pagi | |
Peserta | : 6 orang | |
Lokasi | : PEDi Kg. Sungai Batu |
Tujuan
Bengkel E-Usahawan diadakan untuk peserta dari kalangan pelajar Giatmara Mahang kursus Teknologi Motosikal, bertujuan untuk membantu peserta belajar menggunakan internet dan aplikasi komputer yang digunakan dalam bidang keusahawanan.
Aktiviti
Menggunakan fungsi-fungsi Microsoft Office Excel untuk menghasilkan pengolahan data yang lengkap, cara penggunaan tool yang ada di dalam Microsoft Excel secara keseluruhannya dan mengaplikasikan pembelajaran dengan menghasilkan sebuah jadual dan carta.