Tarikh : 26 November 2018
Masa : 09.00 pagi - 03.00 petang
Lokasi : Perkarangan Pusat Operasi Rela Kg. Rantau Panjang

 

 

 

 

Tujuan

Karnival Rakyat Mukim Sg. Batu merupakan program tahunan yang dijalankan komuniti Mukim Sg. Batu. Objektif utamanya ialah merapatkan silaturrahim komuniti setempat serta Sambutan Maulidur Rasul bagi memperingati hari keputeraan junjungan besar Rasulullah S.A.W.

 

Aktiviti

Sambutan bermula dengan perarakan oleh peserta dari kalangan penduduk Mukim Sg. Batu. Karnival Rakyat bermula dengan perdaftaran peserta, diteruskan dengan aktiviti yang berjalan serentak seperti pameran agensi, pemeriksaan kesihatan, sukaneka, cabutan bertuah dan ceramah Maulidur Rasul. Pusat Internet turut serta dengan mengadakan aktiviti dan kuiz Klik Dengan Bijak untuk peserta yang hadir.

klik disini untuk galeri foto