Tarikh : 13 September 2018
Masa : 09.00 pagi - 01.00 petang
Peserta : 32 orang
Lokasi : GiatMara Larut

 

 

 

 

 

Tujuan

Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.

Ia bertujuan untuk :-

Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet).

Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain.

Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri.

Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet.

 

Aktiviti

Sepanjang bengkel dijalankan peserta diberi taklimat Klik Dengan Bijak dan pelbagai aktiviti dijalankan antaranya kuiz, sesi soal jawab dan aktiviti berkumpulan.

klik disini untuk galeri foto